Tuesday, August 16, 2011

Amsterdam

Selesai urusan di airport yang sangat menghilangkan mood itu, kitorang pun mencari train untuk ke Amsterdam. Dari Schipol ke Amsterdam memakan masa 20 minit lebih kurang. Bila dah sampai kat Amstel Station hati dah berbunga2. Maklumla, tak sabar nak menjelajah bumi Belanda ni katanya.

Keluar dari stesen keretapi tu, konon2 nak mencari arah ke hostel la. Telek punye telek map dan panduan nak ke hostel tu, terus rasa macam tak tau nak mula belah mana. So, kitorang tanya lah petugas kat stesen tu. Brader yang baik hati tu siap printkan map dan laluan untuk ke hostel untuk kitorang.

Waktu mula nak jalan ke hostel, hujan pun start turun renyai2. Tapi redah jugakla sebab kalau ikut panduan hostel tu terletak dalam 200m saja dari hostel. So, tak kisahla dalam hujan pun kitorang jalan kaki bertutupkan suratkhabar yang disediakan di stesen.

Sampai je kat bangunan yang dicari, tak nampak pulak arah yang ditunjukkan. So, kitorang pusing2 la bangunan yang berderet2 ala2 lorong tu. Pun tak jumpa jugak. Haikkk... salah jalan ke? So, kitorang patah balik ke jalan besar. Hujan makin lebat. Tukar arah pun tak jumpa jugak.

Sambil2 belek peta, sambil2 tengok bangunan2 dan jalan2 yang tertulis dalam bahasa ibunda Abang Van Persie itu. Tergulung2 lidah nak menyebutnya. Tiba2, ada seorang jejaka hensem persis Abang Van Nistelrooy datang kat kitorang setelah tengok kitorang dok kelebek peta. Macho sioot abang tu. Dia tolong tunjukkan kitorang arah nak ke hostel. So, kitorang pun jalan la cari, tapi haram tak jumpa jugak. Keadaan itu berterusan kesekian lamanya dan kitorang tetap teruskan perjalanan mencari dan mencari dalam hujan.

Keadaan berpusing2 dan ke hulu ke hilir mencari serta berpuluh2 orang yang ditanya, namun hostel yang dicari tetap jugak tak jumpa. Hoiii... apa ke susah bebenor nih nak jumpa hostelnya sedangkan dalam panduan, hostel tu cumalah 2 - 4 minutes walk from station. Tapi kitorang berpusing2 dalam hujan ke sana sini hampir 2 jam. Ko tak rasa nak nanges? Seriously, aku dah rasa macam nak nangis time tu. Dengan hujannya, baju basah kuyup, dengan lenguh kaki berjalan, dengan lapar lagi huhuuu. Rasa macam nak tido tepi jalan je. Bangunan kat sana takde kaki lima okeh, tu pasal takde tempat untuk berteduh dari hujan. Nak tak nak memang kena jalan la jugak.

Last2 dah tak tau nak buat macam mana, kitorang decide nak call je hostel tu. Waktu kitorang kat pondok telefon tu, tetiba ada 2 orang driver teksi approach kitorang. Diorang kata diorang dah perhati kitorang jalan kaki dari tadi lagi, punyelah lama berpusing2. Kata diorang, tempat yang kitorang cari tu tak jauh dah, cuma langkah 2 - 3 bridge je lagi. Memandangkan Amsterdam terletak di bwah paras laut, bukan takat 2 - 3 jambatan yang kitorang lintas, tapi dah dekat 10 rasanya. Ayat2 seperti "you're very close to the place, next 2 blocks from here, after the bridge" dan beberapa lagi ayat tu dah sampai kitorang muak nak dengar. Tapi tempat nak dituju tetap jugak tak jumpa. Kadang2 orang yang ditanya pun tak tau kat mana lorong tu. Sadisss... Time ni lah aku dok terpikir, banyak sangat ke dosa aku ni sampai tak jumpa tempat nak dituju? Eh tapi ni bukan kat Mekah. Dah banyak tempat yang aku pegi, tapi tak pernah seteruk ni sesatnya.

Bila dah jumpa hostel tu, rasa lega bukan kepalang. Masuk je bilik, takde lagi penghuni lain yang check-in. Letak2 barang, benda pertama yang dibuat ialah mengisi perut. Lapar wehh, banyak tenaga yang hilang untuk 2 jam jalan kaki. Sejuk pulak kan.

Dalam pukul 2 petang kitorang kuar jalan2 sambil2 ambik gambar di kota yang terkenal sebagai The Sex City nih. Siang2 buta ni pun dah ada "ayam"2 yang dipamerkan di cermin2 kedai. Tapi kalau aku jadi lelaki, konpem aku tak selera nak order ayam2 tu. Sebabnya yang aku tengok ni gemok2 belaka dan tak cantek pon. Mungkin ayam pencen agaknya. Aktiviti sebenar akan bermula pada waktu malam terutamanya di Red Light District. Hostel kitorang ni pon terletak dekat area Red Light District ni la.

Sex shop bersepah2 di sana sini. Macam2 sex toy yang ada. Nak tengok pun segan. Tapi dah ada depan mata, tengok je lah hahahahahah. Kadang2 tu bukan takat di sex shop je, kat kedai souvenir pon bersepah jual. Selain daripada aktiviti seks, ganja juga adalah halal dijual secara terbuka di sini. Kalau nak merasa marijuana chocolate ke, sweets ke, keropok ke, kopi ke, segala mak nenek pon buleh.

Destinasi pertama kitorang ialah Madame Tussauds. Walaupun aku dah pernah masuk waktu di Hong Kong dulu, tapi kali ni masuk untuk temankan kawan aku pulak. Lagipun, ada patung2 baru dan patung2 yang takde di Hong Kong yang dipamerkan di sini. Sampai2 je, tengok barisan yang beratur memang berjela2 dah panjangnya walaupun masa masuk masih lama lagik. Time beratur ni, tup2 dengar orang cakap bahasa Melayu. Tengok2 kat depan kitorang ada satu family dari Indonesia. Kat Belanda ni kalau nak cakap/mengumpat dalam bahasa Melayu kena hati2 dan pandang kiri kanan dulu sebab ramai orang Indonesia yang menetap di sini. Yelah, Belanda kan jajah Indonesia, tu pasalla ramai rakyatnya berhijrah ke sini.

Dah setengah jam beratur dan dah dekat2 nak sampai (dalam belasan orang) ke pintu, barulah kitorang sedar kalau beli tiket online, boleh masuk express tak payah beratur. Hampeh sekali lagi. Cisss ngapelah dah lama beratur baru nak sedar. Huh!!!

Masuk2 jer kena posing dengan Jack Sparrow. Semua orang yang masuk pon kena berhenti dan pose dulu untuk diambil gambar oleh jurugambar Madame Tussauds dan gambar tu boleh claim bila nak keluar nanti. Dan dah tentu tak free. So, kitorang posing jela, gambar tak amik pon. Mula2 sekali kitorang disuruh naik lif ke tingkat paling atas. Keluar je pintu terus rasa suasana seram. Pastu hantu pun keluar. Aikkk... aku rasa beli tiket untuk masuk Madame Tussauds, kenapa tiba2 berada dalam rumah hantu plak nih.

Rupa2nya tiket tu memang 2 in 1, sekali dengan rumah hantu. Merasalah jalan peluk2 dengan omputeh sebab takut. Tapi omputeh pompuan la, kalau lelaki sah2 aku tengok patung David Beckham pon aku pura2 takut kan huahuauahhauaua. Dah habis mengadap hantu barulah turun ke bawah untuk tengok + posing2 dengan patung2 selebriti dan pemimpin dunia. Posinglah sampai lebam kat situ.



Keluar dari Madame Tussauds, kitorang jalan kaki pulak. Destinasinya nak mencari landmark paling popular di Amsterdam iaitu I AMSTERDAM. Kiranya kalau tak jumpa menatang ni macam tak lengkapla datang ke Amsterdam. Tengok peta, terletak jauh la jugak dari Madame Tussauds ni, tapi still boleh berjalan la. Memandangkan kitorang malas nak naik tram, kitorang pun jalan kaki pelan2 sambil menikmati pemandangan di sekitar Amsterdam. Jalan punye jalan akhirnya jumpa jugak tempat ni yang terletak tidak jauh dari Van Gogh Museum dan Rijksmuseum, antara tempat popular di kalangan pelancong.

Waktu sampai tu dalam jam 5 petang dan orang memang ramai la kat situ. So, ko jangan berangan la nak bergambar sorang2 depan tulisan I AMSTERDAM tu tanpa ada orang di belakang. Memang tak dapat punye. Lepak2 tepi kolam sambil makan. Tu pon tak dapat nak lepak lama2 hilangkan lenguh di kaki sebabnya angin kuat dan cuaca sejuk. Nak lagi best, kitorang keluar sehelai sepinggang tanpa bawa jaket. Konon summer kan, so confident je la cuaca tak sejuk. Sekali, hambikkk kau. Merasa jalan gigil2 sambil peluk tubuh.

Kitorang teruskan berjalan kaki untuk patah balik ke hostel. On the way singgah ke Hardrock Cafe beli baju untuk diri sendiri dan juga kiriman kawan2. Kaki dah terasa makin lenguh ni, so kena jalan pelan2. Agak2 macam sakit kaki, berenti kejap untuk rehat ataupun singgah di kedai2 souvenir beli apa2 yang patut. Akhirnya sampailah ke hostel.

Kononnya malam ni kitorang nak keluar la ke zon panas di Red Light District ni, nak cuci mata tengok ayam lah kan. Tapi, sampai je kat hostel pukul 6.30 aku dah bantai tido dan terjaga pukul 8 malam. Tu pun kat luar masih cerah lagi sebab kat sini pukul 10 malam barulah gelap. Kadang2 sampai naik confuse, waktu tido tu dah malam atau masih petang. Disebabkan badan dah tak boleh nak bangun, so tak jadilah kitorang pegi tengok ayam. Masing2 buat marathon tido sampai ke esok pagi.