Wednesday, June 29, 2011

Leaving on a Jetplane... Jetlag

Hari ni dah masuk hari ke-6 sejak aku kembali dari benua Eropah namun kesan jetlag masih lagi belum hilang. Waktu kat sana ingatkan ok jer, tak kena jetlag sebabnya kat sana aku boleh tido dan bangun ikut waktu sana.

Aku sampai Malaysia jam 7.10 malam hari Khamis. Pukul 6 pagi (Jumaat)baru aku tido. Esoknya dan lusanya pulak pukul 5 lebih. Diikuti dengan pukul 3 pagi. Tapi itu semua takpe, sebab masih hari cuti. Kiranya lepas tu boleh cover tido lah kan. Hari Isnin pagi aku pegi keje ok je walaupun tido lewat sebab dah tido banyak sebelum tu.

Masuk je hari Selasa, aku tak boleh nak angkat mata kat office sebab malamnya aku tido jam 3.30 pagi. Apa nak buat, dah jenuh paksa mata tapi tak boleh nak lena awal. Yelah, beza masa antara sini dengan kat sana 7 jam. Tu pasal mata aku terbuntang jer walaupun time tu ayam dah nak bangun berkokok. Sudahnya kat oficce aku tersengguk2 walaupun tengah berdiri cari fail dan tengah potong kertas. Nak tido memang takleh le sebab line tidak lagi seclear dulu sejak aku pindah tempat ni.

Kawan yang sama2 pergi dengan aku lagi teruk, sampai tak tido langsung. Terpaksa curi2 masa tido kat office. Nampaknya lepas ni kalau nak ke negara2 yang perbezaan masa banyak dengan Malaysia aku kena tambah cuti lagi banyak la kot. Nak cover tido punye pasal. Kang tak pasal2 je aku tersengguk2 kat office. Mau bos aku kasi lempangan ala2 Nabil sambil berkata "haaaa ini makanan diaaa".

Semalam perkembangan aku dah makin ok, berjaya tido jam 2.00 pagi walaupun kat office aku mengantuk nak mampus. Kononnya lepas balik office tu nak cover tido, tapi haram. Sampai2 je kat rumah hilang terus rasa ngantuk tadi. Nak2 pulak bila benda2 kat bawah ni sampai kat tangan aku. Memang rasa letih dan mengantuk hilang entah ke mana.


Pas masuk untuk sesi latihan bagi Arsenal, Chelsea dan Liverpool



Tiket menonton perlawanan pasukan Harimau Malaya menentang Chelsea, Liverpool dan Arsenal


Excited terlebih sudah bila benda2 ni ada dalam tangan. Untuk makluman aku bukanlah penyokong bagi ketiga2 pasukan tersebut sebab dalam Liga Perdana Inggeris aku peminat Setan Merah. Memandangkan yang akan datang ke Malaysia ialah 3 pasukan yang tergolong dalam Big 4, memang menarik la kan untuk ditonton secara langsung. Apatah lagi ketiga2 tiket serta pas sesi latihan tersebut turun dari langit terus ke tangan aku (percuma) heheeheh. Nak2 pulak waktu bercuti hari tu aku sempat melawat Stadium Emirates (Arsenal), nak la jugak merasa bertentang mata dengan Van Persie dan uncle Arsene Wenger live. Hari tu dapat bergambar dengan patung Wenger dan baju Van Persie je.



Sebelum kedatangan The Gunners, The Blues dan The Reds, malam ni tak sabar juga nak ngadap perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan. Harap2 detik kemenangan skuad Olimpik pada hari Khamis lepas berterusan kepada skuad senior pulak. Bagi aku tak kisahla main tak cantik ke, passing macam budak baru belajar main ke, bagi aku itu semua tak penting sebab yang penting ialah menang. Tak kisah macam mana cara sekalipun gol tu nak masuk. Melalui rembatan ke, tandukan ke, jolokan ke, malah kalo guna punggung sekali pun takpe, janji masuk gol dan menang.


Waktu aku bercuti hari tu terlepas 2 perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya menentang Myanmar dan juga anak harimau menentang Lebanon di Beirut. Mujurlah waktu leg kedua aku sempat tengok dan merasai debarannya. Sampai2 je kat airport jam 7.10 tu, takde lain dah aku pikir, cuma pikir nak sampai rumah sebelum 8.45 jer sebab nak tengok bola. Tapi waktu aku sampai je kat lobi rumah aku, tetiba dengar orang bersorak. Dah gol rupanya. Aku terlambat 8 minit dari sepak mula. Terlepas le aku gol pertama jaringan adik Irfan Fazail tu.


Harap2 malam ni takdela malaun yang bangang bawak laser ke stadium lagi. Mari sama2 saksikan harimau mengaum. Bagi yang tak pegi stadium, boleh lawan mengaum dari rumah.

Monday, June 13, 2011

Hati Ini

Sejak hari Sabtu hati aku dah tak ada dah. Dah kosong, hanya jasad je yang berada di tempat kejadian sedangkan hati aku dah sampai nun ke sana merentas benua.

Semalam aku dah start nervous dah. Time iron baju sampai meletop iron aku jadinya. Tokojut den bila wayar iron tu meletop kuat sambil mengeluarkan api dan serentak dengan itu rumah aku pon blackout. Nasib baik aku tak kena karan, kalo tak dah Innalillah dah. Time packing pon rasa nervous semacam jer. Tak tau pasal apa. Mungkin sebab dah lama tak buat keje2 macam ni kot.

Since semalam Konsert Akhir Akademi Fantasi dilangsungkan di Putrajaya, ramai la kawan2 yang tanya aku sama ada aku pegi ke tak. Bila aku cakap aku tak pegi, boleh dikatakan hampir semuanya terkejut sebab aku tak pegi. Heheehh.. biasala, aku kan kalo aktiviti2 lagha macam ni payah le kalo aku tak pegi, konpem pegi punye. Tapi waktu kawan aku tanya nak pegi ke tak, aku rasa malas je nak pegi sebab hati aku dah takde kat sini. Nak2 plak tahun ni aku tengok konsert AF gitu2 jer sebab tak best sangat. Diari lagi lah, memang tak tengok pun. Ada le aku tengok sekali ke dua gitu jer. Tahun ni aku sibuk melayan Maharaja Lawak je. Kan best kalau final Raja Lawak buat kat Putrajaya ke. Konpem aku pi.

Esok aku start cuti. Doakan aku selamat pergi dan kembali. See ya!!

Friday, June 3, 2011

Di Persimpangan Dilema

Aku dalam dilema sekarang ni antara nak simpan atau nak buang. Kiranya macam ditelan pahit dibuang sayang ler kekdahnya.

2 hari lepas waktu nak pegi kerja aku terjumpa seekor anak kucing yang comel kat lif tingkat bawah rumah aku. Anak kucing tu tengah kehilangan arah, yakni sesat la kiranya. Tak tau la pulak sama ada dia lupa jalan nak kembali ke rumah atau memang dibuang oleh pemiliknya. Pas tengok kucing tu terus aku gi keje. Lepas tu housemate aku pulak turun nak pergi keje. Katanya anak kucing tu masih ada di situ. Sempat juga dia patah balik dan gosok2 kepala anak kucing tu sebelum meneruskan perjalanan.

Petangnya, bila aku sampai kat lobi rumah, tengok anak kucing tu masih ada di situ. Aku pun saja2 le panggil kucing tu. Dan tak sangka dia ikut aku masuk lif. Kebetulan aku sorang je yang naik lif hari ni. Sampai kat aras rumah aku, cepat2 aku kidnap kucing tu masuk dalam rumah dan bancuh susu bagi minum. Terus aku pun pegi mandi.


Bila keluar dari bilik air aku cari kucing tu merata2 dalam rumah tapi tak jumpa. Berpeluh2 gak la aku cari sampai ke bawah katil, bilik air, dalam lubang toilet, ampaian, balkoni (walaupun pintu ampaian dan balkoni memang tak buka pun) bahkan sampai ke dalam tong beras aku cari. Haaaa jangan heran kenapa aku cari dalam tong beras. Sebabnya tong beras aku memang separuh terbuka pun. Tu yang aku tengok2 jugak, mana le tau kot2 termasuk dalam tu dan tak boleh keluar. Tapi memang takde.

Musykil dengan kehilangan kucing tu, aku pun lepak tengok tv. Tapi kepala hotak aku dok pikir ke mana gerangan kucing ni pegi. Mulala imaginasi aku yang tinggi ni dok pikir entah2 yang aku bawak balik tadi tu bukan kucing kot. Mana le tau kot2 saja Tuhan nak uji nak tengok hati aku ni mulia ke tidak kan. Pergkhhh imaginasi aku sebijik macam dalam buku cerita kanak2 zaman dulu2 bak kata kawan aku. Huhhhh.

Sejam lepas tu aku terpikir nak ke pintu utama. Nak cari kucing tu, tak puas hati katakan. Tup2 nampak dia tengah tido dengan comeinya kat bawah rak kasut. Ceh kat sini menyorok rupanya, patutla tak jumpa.

Malamnya waktu aku ke Bangi hantarkan barangan yang mak aku pesan kat adik aku yang nak balik kampung, sempatla aku singgah beli whiskas. Balik tu bagi makan memang pelahap gila kucing ni makan. Kesian tengok, entah dah berapa hari tak makan agaknya. Lepas tu automatik perut dia jadi kembung. Housemate aku cuba kurung dalam bilik air, konon nak toilet train le. Tapi takat sejam je la sebab tak tahan dengar dia asik dok melalak nak keluar.

Dah kenyang je, terus tido tak sedar diri. Esok paginya aku tengok dia dah membuang betul2 kat dalam penyodok sampah di ampaian. Lega di situ, sekurang2nya dia reti nak buang kat mana. Pagi sebelum pegi keje aku letak kucing tu kat ampaian bersama2 dengan makanan. Petang bila balik rumah je, aku bawa masuk dalam rumah. Apa lagi, memang melilau satu rumah le. Biasala budak2 kan, memang aktif terlebih. Aku iron baju pun dia sibuk dok tarik/main dengan wayar iron sampai blackout rumah aku huhuhuhu.

One thing yang aku discover kucing ni pandai mengurut. Dok saja2 tetiba dia dok urut badan aku (tekan2 dengan kaki depan dia). Jenuh aku dok tahan geli2 sakit bila terkena kuku dia. Telatah dia yang manja dan cute tu terus buat aku jatuh cinta nak simpan kucing ni. Nak2 pulak si Nicol dan Ozil aku dah kembali ke rahmatullah baru2 ni. Yang tinggal hanyalah Chong Wei je kat rumah dengan Kaka dan Safiq (capik kucing ni, nak panggil capik cam kesian, so buat2 la panggil ala2 nama Safiq Rahim, lebih kurang je sebutan huahuauaa). Kiranya dapatla aku mengubat rindu kat diorang.


(ni bukan kucing aku, tapi warna kelabu dan saiz lebih kurang macam ni)



Ok, itu cite yang best. Yang buatkan aku dalam dilema sekarang ni adalah antara nak bela atau nak buang/bagi kat orang je. Sebabnya, aku risau kalau time aku berada di luar kawasan liputan sapa nak bela kucing ni. Kalau hari keje bolehla sebab housemate aku ada. Tapi time cuti memang beliau akan balik kampung. Takkan kucing aku nak buka peti ais dan amik friskies sendiri plak kan.

Lagi satu, sekarang ni disebabkan aku belum buat keputusan nak bela betul2, maka takdela aku beli pasir berak kucing tu. So, tiap2 hari balik keje kenala aku basuh penyodok sampah tu. Kira keje aku bertambah la sekarang ni. Yela, kalau tak basuh, harum semerbak satu rumah aku dengan bau taik kucing huhuhuuu.

Pulak tu, kucing ni jenis manja dan nak sangat kita main dengan dia. Aku ni spesis hangat2 taik ayam, takat main kejap2 tu ok la. Ni asik nak kepit 24 jam, letih la huhuuu. Aku tengok tv dia nak main, aku ngadap laptop dia sibuk panjat bahu nak urut lah, nak gesel2 kat muka aku la. Adoiiii... Pagi2 kalau aku bangun tido dia dah siap tunggu kat ruang tamu. Ajak main lari2 tangkap kaki. Letih la aku pagi2 dengan taik mata tak hilang lagi dah nak lari2 satu rumah. Huwaaaa...

So, sekarang ni aku tak tau nak pikir macam mana. Keputusan 50-50 nak bela ke tak kucing ni huhuuuuuu... Antara sayang dan penat heheheheh. Kalau ada sapa2 nak kucing ni, sila bagitau aku sebelum aku buat keputusan muktamad.