Wednesday, December 1, 2010

Cerita Kedai Kopi

Heheeh tajuk je kedai kopi, tapi bukan nak cerita pasal kedai kopi tapi pasal lawatan ke MAHA 2010 semalam. Tak adalah nak cerita pasal apa yang terjadi, apa yang ternampak, apa yang dibeli kat MAHA tu sebab ramai yang dah pergi dan ramai yang ceritakan dalam blog benda yang lebih kurang sama kecuali time aku pegi selepas keje semalam, Paklah pun ada bersama2 memeriahkan majlis. Oh, aku tak dapat pun bergambar dengan Paklah, so jangan risau dan tak perlu jealous huahuahua.


Aku cuma nak ceritakan 3 scene dan dialog yang berlaku sepanjang lawatan ke MAHA semalam.

Scene 1: Sewaktu berjalan2 dalam dewan

Mamat A: Eh, tak sejuk ke?
Aku: Err... sejuk?
Mamat A: Yelah, nampak relaks je tak sejuk pun
Aku: Oh... dah biasa...

Nak je aku tambah ayat kat situ "ohh... dah biasa sebab saya asal dari London" tapi tak terkeluar plak walaupun ayat tu memang selalu ada dalam kepala. Aku pun heran kenapa dia heran aku tak sejuk dan relaks je. Memanglah time tu hujan dan aku hanya berbaju kebaya je, tapi orang lain pun sama gak, takdela semua orang pakai baju panas pon. So, tak ada motif pon dia nak heran kenapa aku tak sejuk. Atau adakah disebabkan aku ni kurus kering?

Scene 2: Sewaktu membuat bayaran di sebuah booth

Mamat B yang cute: Student lagi ke?
Aku: Haa student? Err bolehla student pun
Mamat B yang cute: Student UM kan?
Aku: Ha'ah

Hahaah motip? Kalau dia kata aku student lagi tu aku memang boleh percaya sebab benda tu tak pelik walaupun sah2 aku pakai baju kebaya pegi sana kan. Tapi ngape dia dengan confidentnya kata aku student UM? Ada tulis kat dahi ke? Nasib baik ko cute, kalau tak mesti aku tak beli pil Vitamin C kat booth ko walaupun tak ada kena mengena dengan produk pertanian heheeh.

Scene 3: Sewaktu berlegar2 sambil memandang booth2 di kiri kanan

Mamat C: Cubalah rasa sos nenas ni
Aku: Haa? Sos nenas?
Mamat C: A'ah, try le rasa, tak pedas pun
Aku: Errr takpelah, terima kasih
Mamat C: Alaa sedihla saya macam ni

Mamat D sambil menjerit kuat2: Ulat bulu dah naik dauuuuuunnnnn!!!

Serentak dengan jeritan itu, semua orang tak kiralah pembeli mahupun penjual macam terhenti aktiviti, terdiam dan semua pandang aku yang sedang berjalan kat tengah2 tu. Argkhh siyot betoi laa... Tak pasal2 aku malu nak jalan kat situ huwaaaaa... Rasa macam nak bunuh orang je huh.

Sekianlah cerita kedai kopi saya.