Monday, May 14, 2012

Perjuangan Yang Telah Selesai

Hari ni satu Malaysia bergembira kerana sejarah telah tercipta sempena tarikh yang bersejarah di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah.  Ternyata 13 Mei bukan lagi detik hitam yang menghantui seluruh rakyat Malaysia dengan tragedi 13 Mei, sebaliknya merayakan kejayaan pasukan hoki remaja negara yang berjaya menjadi juara Piala Remaja Asia malam tadi.


Sejak dari hari pertama pertandingan, aku tak lepas peluang menonton kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia.  Adik2 ni main sangat bagus semenjak beraksi di Piala Sultan Johor hari tu.  Mula2 agak merisaukan bila salah seorang pemain iaitu Norhizzat Sumantri yang dilaporkan mungkin tak dapat menyertai Piala Remaja Asia ni kerana terpaksa menjaga ayahnya yang terlantar di hospital akibat kanser.

Takdir Tuhan tiada siapa boleh menyangkal.  Hari Isnin pagi ayahnya yang telah banyak berkorban untuk anak2nya yang menjadi pemain hoki negara iaitu Izzat, kakaknya yang juga sedang bertarung di Jepun untuk kelayakan Olimpik bagi pasukan hoki wanita dan juga adik lelakinya yang bermain hoki untuk pasukan bawah 16 tahun negara telah pergi menemui Ilahi.  Ibaratnya Pakcik Sumantri ni macam Dato' Sidek jugakla, yang membesarkan anak2 untuk terlibat dalam sukan.  Jurulatih Dharmaraj bagi masa untuk Izzat sendiri pilih bila beliau akan kembali bersama2 pasukan.  Yelah, tengah sedih kan.  Ayah pergi di saat beberapa hari je lagi pertandingan bermula.  Walaupun masih muda, Izzat seorang yang tabah untuk menggalas tugas menjadi ketua keluarga.  Hari Khamis kelibatnya sudah dapat dilihat waktu pertandingan pembukaan menentang Iran.  Memang nak jadi ahli sukan kena banyak berkorban.  Jasa dan bakti diorang lebih bernilai dan lebih bermakna daripada menjadi seorang artis.  Sedih juga baca status2 beliau di facebook, rasa nak nangis pun ada huhuuu.

Selepas game hari pertama tu, aku sempat chatting dengan Faizal Saari, tanyakan pasal kayu hoki beliau yang tak lepas inspection untuk game tu.  Patutla masa 1st game tu main macam hampeh je, tak lincah macam selalu dan langsung tak score goal.  Aku ingat kayu hoki ni takdela beri effect yang besar dalam permainan berbanding raket badminton.  Yelah, raket kan ada perbezaan dari ketegangan tali, berat semua tu.  Rupa2nya memang kayu hoki pun ada luck nya tersendiri.  Buktinya, di game kedua terus Faizal score hattrick selepas dapat gunakan balik kayu hoki kesayangan dia tu.  Ohh ok, now I know.  


Debaran pertandingan akhir memang sungguh meresahkan selagi wisel terakhir tidak dibunyikan.  Walaupun lega dengan pendahuluan 2 gol tapi bila Pakistan menambahkan gol aku dah start sakit dada.  Sudahnya, terus buka internet nak hilangkan separuh dari debaran tu.  Bila akhirnya wisel dibunyikan, barulah rasa dada aku yang hampir jatuh tadi kembali ke posisi asal.  Cumanya kali ni rasa kurang sikit celebration adik2 ni sebab tak dapat tengok diorang buat aksi slide macam selalu tu.  Mana sempat nak buat, bila wisel bunyi je terus para penonton serbu budak2 ni dalam padang.  Tapi meriahla, siap ada bunga api lagik.  Ultras pun tak tinggal dengan flare untuk memeriahkan suasana.  

Di samping hoki, Jelajah 1Malaysia juga tamat semalam di Dataran Merdeka.  Tiap2 malam pukul 11.30 mesti aku tunggu tengok highlight setengah jam perlumbaan ni.  Yang bestnya kali ni pelumba favourite aku Adiq Husainie dapat jadi raja pecut.  Macam mana kali ni beliau boleh memecut laju aku pon hairan.  Semua orang tahu beliau bukanlah pakar pecut berbanding Hariff Salleh mahupun Anuar Manan sebab beliau lebih kepada kategori mendaki.  Takpela Adiq, yang penting Adiq tetap menjadi pelumba terbaik Malaysia dan keseluruhan menduduki tempat ke-6.  Cayalah...


Wednesday, May 2, 2012

Krabi - Jungle Trekking

Hari ni aktiviti masuk hutan pulak.  Sama seperti semalam, lepas breakfast van datang ambil kitorang untuk ke destinasi seterusnya.  Hari ni all Malaysians  tour namanya.  Kitorang berempat dan lagi 2 orang rakyat Malaysia berbangsa Singh dan Cina turut menyertai sesi masuk hutan ni.

Selepas hampir sejam perjalanan, tiba ke destinasi pertama iaitu Emerald Pool.  Dari luar kena jalan kaki hampir 800m untuk sampai ke pool ni.  Kitorang antara pengunjung yang pertama sampai, so orang tak ramai lagi.

Sampai2 je terus terpegun dengan kecantikan dan kejernihan Emerald Pool ni.  Memang tak tunggu lama dah, terus campak beg kat tepi, keboooommmm pakat terjun dalam pool.  Airnya sangat sejuk dan segar sekali.  Kolam semulajadi ni sangat bersih dan jernih.


Tak lama kemudian orang makin lama makin ramai.  Rombongan2 bas sekolah pun tiba dan kolam terus dipenuhi oleh orang ramai.  Mujurla time ni dah puas dah berendam dan mandi manda. 

Dari Emerald Pool kitorang dibawa ke destinasi berikutnya iaitu Hot Spring.  Jarak kena jalan kaki kali ni lebih dekat berbanding Emerald Pool tadi.  Kalau tadi mandi dengan air sejuk segar, kini mandi air panas semulajadi pulak.  Hilang rasa penat dan lenguh2 bila berendam dalam air panas.  Lagi best sebab brader driver + tourist guide tu jadi fotografer rasmi kitorang yang sedang berendam tu.  Takyah suruh pun, dia sendiri yang dok amik gambo2 kitorang.  Terbaiklaa brader.


Puas berendam, tibalah masa yang dinanti2kan.  Masa untuk makan le apalagik.   Di bawah pondok yang terdapat di situ, kitorang berenam bergotong royong menghabiskan lauk pauk yang panas2 dan segar tu.  Adoiii time taip ni tetiba plak air liur aku nak tumpah teringatkan masakan Thai yang dihidangkan tu. 

Dari Hot Spring Waterfall kitorang menuju ke destinasi berikutnya iaitu Tiger Cave.  On the way tu singgah hantar kawan aku 2 orang menaiki gajah.  Aku tak naik sebab dah naik gajah waktu di Chiangmai dulu.  So, kitorang berempat terus dibawa ke Tiger Cave.  Tempat ni ialah kuil Buddha yang dipercayai mempunyai banyak harimau satu ketika dulu.  Sekarang dah takdelaa...patung je yang ada.


Lepas lawat Tiger Cave yang terletak di kaki bukit, kitorang panjat tangga plak.  Walaupun tidak setinggi Batu Caves, tapi tetap juga membuatkan nafas tercungap2 untuk masuk ke hutan mencari Big Tree.  Gigih betul kitorang berempat cari jalan dalam hutan tu semata2 nak tengok Big Tree tu.  


Dari Tiger Cave kitorang bertolak balik ke Ao Nang.  On the way singgah kat tempat membeli belah.  Ada jual cenderahati dan juga bahan makanan.

Malamnya sesi membeli belah.  Setelah 2 hari menahan nafsu untuk bershopping, malam ni tibalah giliran untuk merabakkan poket.  Lepas dinner kat kedai biasa, terus berjalan sepanjang2 jalan yang terdapat gerai2 pelbagai jenis jualan tu.  Puas hati dapat beli barang2 yang dihajati.

Balik bilik kemas2 barang untuk berangkat pulang esok harinya.


Sunday, April 22, 2012

Anugerah Sukan Negara 2011

Minggu lepas berlangsungnya majlis gilang gemilang bagi para penggiat sukan tanah air. Kiranya bagi golongan penyanyi ianya ialah Anugerah Industri Muzik, bagi penggiat filem pulak Festival Filem Malaysia.  Para penggiat sukan, Anugerah Sukan Negara ialah penghargaan tertinggi bagi mereka.

Majlis yang berlangsung di Palace of the Golden Horses ni diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang turut menyampaikan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 bagi menghargai kejayaan atlet sepanjang tahun lepas.

Aku sempat juga menghadiri majlis ni.  Kesempatan yang diberikan memang tak dilepaskan sebegitu saja lah kan.  Sampai kat tempat kejadian, dah nampak ramai petugas2 dari Majlis Sukan Negara dan juga beberapa orang muka yang dikenali iaitu mereka yang bertugas di Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM.  Diorang pun terkejut macam mana aku boleh ada kat sini hehehe.  Kang aku cakap aku pegi situ sebab mewakili Dato' Lee Chong Wei kang, ada yang pengsan plak kat situ :).

Lepas dapatkan nombor meja daripada petugas kat situ, aku dengan kawan aku pegi la lepak2 kat lobi hotel tu sebab hari masih awal kan.  Kat situ dari waktu kitorang datang lagi dah nampak seorang perempuan berdiri sorang2 sambil senyum2 kat kitorang.  Gaya dia macam nak bersembang2 dan bertegur sapa.  Pastu kitorang pun pegi la duduk kat sofa depan kerusi yang beliau duduk tu.  Kitorang syak mungkin kakak/makcik ni pun akan menyertai majlis ni jugak.  Kebetulan ada 2 majlis hari ni.  Tapi lagi satu tu majlis untuk kaum Cina, tak pasti la majlis apa.

Sambil lepak2 killing the time, sambil jugak dok menengok atlet2/jurulatih serta pegawai sukan yang masuk melalui depan kitorang tu.  Tak lama kemudian, nampak pulak Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek dan 2 - 3 orang pegawai beliau yang masuk kat situ.  Nampak gaya macam Dato' Sri ni baru balik dari jogging je sebab memang berpakaian sukan dan seluar 3 suku panjang.  Dalam dok perhati Dato' Sri ni, tup2 perempuan yang duduk kat belakang kitorang ni pun pergi la kat beliau.  OMG!!! Waktu tu baru tersedar rupa2nya itu ialah Datin Sri, isteri kepada Dato' Sri Shabery.  Nasib baik tak termengumpat tadi.  Menyesal pulak rasanya tak bertegur sapa dengan beliau.  Sangat low profile, lepak sorang2 je kat situ takde pun sibuk nak bawa pengiring bagai.

Lepas masuk ke dalam ballroom, carilah nombor meja untuk kitorang. Sebelum tu mamat dari JPM yang bertugas tu ada le ajak lepak kat meja diorang sekali... tapi meja diorang nun jauh kat belakang sana.  Cari2 meja tup2 meja kitorang memang sangat strategik.  Betul2 kat tengah2 dan di belakang meja Agong.  Fuhhh....urut dada.  Kena la extra sopan santun jawabnya.  Kang nampak pula aksi2 tak senonoh kat dalam tv. 


Meja atlet ada 4 buah je, tu pun kat hujung tepi dinding sana.  Jenuh la aku cari kelibat calon olahragawan malam ni, tapi tak nampak pula beliau.  Diorang semua berpakaian harimau oren hitam tu.  Bila Agong dah sampai, masih juga aku tak nampak wajah yang dicari2 itu.  Sedikit kecewa di situ... huhuhuuu... Aku plan dah nak tepuk tangan kuat2 time beliau naik atas pentas nanti...tapi takdok plak.  Bila aku teropong2 lagi kat meja atlet tu, tup2 ternampak sesosok tubuh dan wajah yang saling tak tumpah dengan orang yang dinanti2kan.  Tapi malangnya beliau tak pakai baju harimau oren hitam tu, pakai baju batik saja.  Maka dengan rasminya tahulah aku bahawa Dato' Lee Chong Wei memang tak hadir.  Beliau diwakili oleh abangnya saja.  Huhuuuuhuu..sedddeyyyyyyhhh..

Menu Chinese Food yang dihidangkan sambil dihiburkan dengan nyanyian oleh Salamiah Hassan dan Haziq AF.  Pemenang2 untuk lain2 kategori kiranya dah tau lebih awal dah.  Sebab sebelum diumumkan diorang dah siap2 beratur tepi pentas untuk ambil hadiah.  Kecuali calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan je yang tidak diketahui siapa pemenangnya.  Tapi untuk calon olahragawan aku dah syak dah mesti Dato' yang menang sebab abang dia memang terang2 duduk kat meja atlet tu.  Atlet lain yang tidak dapat hadir takde pulak diwakili oleh orang lain kan.  Nasib baiklah muka dan saiz badan Lee Chong Hoon tu sama dengan Dato', kira jadiklahhh dapat tengok abang ipar aku dia pun ok laaa..


Bila kedua2 anugerah tu dah diumumkan, tup2 orang Team Malaysia datang kat meja kitorang, sambil bawak Sazali Samad dan Fatehah Mustapa.  Kitorang yang terkejut tu tengok je la diorang, sampailah si Sazali Samad ni tetiba dok kat kerusi sebelah aku.  Dah tu, abang yang bawak diorang tu cakap "eh kenapa semua kaku je nih...".  Bukan kaku la bang, terkejut je.  Lain kali bagila signal nak bawak diorang datang kat meja, barula kitorang standby siap2.  Terusla pastu tanpa berlengah aku pun bawa keluar kamera amik gambar dengan Sazali, Fatehah.  Then orang2 lain pun barula ikot jejak langkah heheheh.  Si Sazali ni peramah orangnya manakala Fatehah pula pemalu sikit.

Dah habis majlis, nampakla atlet2 lain yang mana sempat aku gi bergambar.  Yang popular orang bergambar pun si Sazali dengan Fatehah je la kot.  Yang lain2 rasanya orang lain tak kenal gamaknya.  Diorang berdiri relaks je kat situ langsung takde orang pegi bergambar.  So, aku dengan kawan aku memang pi je la terjah mana2 atlet yang ada.  Senang je, orang takdok langsung.  Dapatla bergambar dengan Jacquline Sijore dari sukan bowling dan juga Leong Tze Wai dari karate.  Tze Wai tu lagi kesian, dia dok je kat meja sorang2 lepas orang dah balik.  Atlet lain ada la jugak wartawan pegi interview, tapi dia dok je diam2 kat meja tu sampailah aku dengan kawan aku pergi ucapkan tahniah kat beliau.  Cheng Chu Sian je tak dapat nak bergambar sebab lama sangat wartawan interview beliau, malas dah nak tunggu.

Esoknya kat suratkhabar keluar la pulak cerita panas mengenai ketidakhadiran Dato' Lee Chong Wei ke majlis tersebut yang menyebabkan Dato' Zolkples Embong membuat kenyataan akhbar yang tidak menyenangkan.  Mujurlah selepas pertemuan antara Dato' Lee dengan Dato' Zol, perkara yang sebenarnya dapat dirungkaikan.  Misscommunication je rupanya. 


Moral of the story, kadang2 bila kita tengah marah kita tak sedar kita mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.  Lidah ternyata lebih tajam dari mata pedang.  Ehh... macam sama pulak dengan situasi yang aku hadapi sekarang ni.  Hmmm... ada jodoh kot keh keh kehhe...