Sunday, April 22, 2012

Anugerah Sukan Negara 2011

Minggu lepas berlangsungnya majlis gilang gemilang bagi para penggiat sukan tanah air. Kiranya bagi golongan penyanyi ianya ialah Anugerah Industri Muzik, bagi penggiat filem pulak Festival Filem Malaysia.  Para penggiat sukan, Anugerah Sukan Negara ialah penghargaan tertinggi bagi mereka.

Majlis yang berlangsung di Palace of the Golden Horses ni diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang turut menyampaikan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 bagi menghargai kejayaan atlet sepanjang tahun lepas.

Aku sempat juga menghadiri majlis ni.  Kesempatan yang diberikan memang tak dilepaskan sebegitu saja lah kan.  Sampai kat tempat kejadian, dah nampak ramai petugas2 dari Majlis Sukan Negara dan juga beberapa orang muka yang dikenali iaitu mereka yang bertugas di Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM.  Diorang pun terkejut macam mana aku boleh ada kat sini hehehe.  Kang aku cakap aku pegi situ sebab mewakili Dato' Lee Chong Wei kang, ada yang pengsan plak kat situ :).

Lepas dapatkan nombor meja daripada petugas kat situ, aku dengan kawan aku pegi la lepak2 kat lobi hotel tu sebab hari masih awal kan.  Kat situ dari waktu kitorang datang lagi dah nampak seorang perempuan berdiri sorang2 sambil senyum2 kat kitorang.  Gaya dia macam nak bersembang2 dan bertegur sapa.  Pastu kitorang pun pegi la duduk kat sofa depan kerusi yang beliau duduk tu.  Kitorang syak mungkin kakak/makcik ni pun akan menyertai majlis ni jugak.  Kebetulan ada 2 majlis hari ni.  Tapi lagi satu tu majlis untuk kaum Cina, tak pasti la majlis apa.

Sambil lepak2 killing the time, sambil jugak dok menengok atlet2/jurulatih serta pegawai sukan yang masuk melalui depan kitorang tu.  Tak lama kemudian, nampak pulak Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek dan 2 - 3 orang pegawai beliau yang masuk kat situ.  Nampak gaya macam Dato' Sri ni baru balik dari jogging je sebab memang berpakaian sukan dan seluar 3 suku panjang.  Dalam dok perhati Dato' Sri ni, tup2 perempuan yang duduk kat belakang kitorang ni pun pergi la kat beliau.  OMG!!! Waktu tu baru tersedar rupa2nya itu ialah Datin Sri, isteri kepada Dato' Sri Shabery.  Nasib baik tak termengumpat tadi.  Menyesal pulak rasanya tak bertegur sapa dengan beliau.  Sangat low profile, lepak sorang2 je kat situ takde pun sibuk nak bawa pengiring bagai.

Lepas masuk ke dalam ballroom, carilah nombor meja untuk kitorang. Sebelum tu mamat dari JPM yang bertugas tu ada le ajak lepak kat meja diorang sekali... tapi meja diorang nun jauh kat belakang sana.  Cari2 meja tup2 meja kitorang memang sangat strategik.  Betul2 kat tengah2 dan di belakang meja Agong.  Fuhhh....urut dada.  Kena la extra sopan santun jawabnya.  Kang nampak pula aksi2 tak senonoh kat dalam tv. 


Meja atlet ada 4 buah je, tu pun kat hujung tepi dinding sana.  Jenuh la aku cari kelibat calon olahragawan malam ni, tapi tak nampak pula beliau.  Diorang semua berpakaian harimau oren hitam tu.  Bila Agong dah sampai, masih juga aku tak nampak wajah yang dicari2 itu.  Sedikit kecewa di situ... huhuhuuu... Aku plan dah nak tepuk tangan kuat2 time beliau naik atas pentas nanti...tapi takdok plak.  Bila aku teropong2 lagi kat meja atlet tu, tup2 ternampak sesosok tubuh dan wajah yang saling tak tumpah dengan orang yang dinanti2kan.  Tapi malangnya beliau tak pakai baju harimau oren hitam tu, pakai baju batik saja.  Maka dengan rasminya tahulah aku bahawa Dato' Lee Chong Wei memang tak hadir.  Beliau diwakili oleh abangnya saja.  Huhuuuuhuu..sedddeyyyyyyhhh..

Menu Chinese Food yang dihidangkan sambil dihiburkan dengan nyanyian oleh Salamiah Hassan dan Haziq AF.  Pemenang2 untuk lain2 kategori kiranya dah tau lebih awal dah.  Sebab sebelum diumumkan diorang dah siap2 beratur tepi pentas untuk ambil hadiah.  Kecuali calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan je yang tidak diketahui siapa pemenangnya.  Tapi untuk calon olahragawan aku dah syak dah mesti Dato' yang menang sebab abang dia memang terang2 duduk kat meja atlet tu.  Atlet lain yang tidak dapat hadir takde pulak diwakili oleh orang lain kan.  Nasib baiklah muka dan saiz badan Lee Chong Hoon tu sama dengan Dato', kira jadiklahhh dapat tengok abang ipar aku dia pun ok laaa..


Bila kedua2 anugerah tu dah diumumkan, tup2 orang Team Malaysia datang kat meja kitorang, sambil bawak Sazali Samad dan Fatehah Mustapa.  Kitorang yang terkejut tu tengok je la diorang, sampailah si Sazali Samad ni tetiba dok kat kerusi sebelah aku.  Dah tu, abang yang bawak diorang tu cakap "eh kenapa semua kaku je nih...".  Bukan kaku la bang, terkejut je.  Lain kali bagila signal nak bawak diorang datang kat meja, barula kitorang standby siap2.  Terusla pastu tanpa berlengah aku pun bawa keluar kamera amik gambar dengan Sazali, Fatehah.  Then orang2 lain pun barula ikot jejak langkah heheheh.  Si Sazali ni peramah orangnya manakala Fatehah pula pemalu sikit.

Dah habis majlis, nampakla atlet2 lain yang mana sempat aku gi bergambar.  Yang popular orang bergambar pun si Sazali dengan Fatehah je la kot.  Yang lain2 rasanya orang lain tak kenal gamaknya.  Diorang berdiri relaks je kat situ langsung takde orang pegi bergambar.  So, aku dengan kawan aku memang pi je la terjah mana2 atlet yang ada.  Senang je, orang takdok langsung.  Dapatla bergambar dengan Jacquline Sijore dari sukan bowling dan juga Leong Tze Wai dari karate.  Tze Wai tu lagi kesian, dia dok je kat meja sorang2 lepas orang dah balik.  Atlet lain ada la jugak wartawan pegi interview, tapi dia dok je diam2 kat meja tu sampailah aku dengan kawan aku pergi ucapkan tahniah kat beliau.  Cheng Chu Sian je tak dapat nak bergambar sebab lama sangat wartawan interview beliau, malas dah nak tunggu.

Esoknya kat suratkhabar keluar la pulak cerita panas mengenai ketidakhadiran Dato' Lee Chong Wei ke majlis tersebut yang menyebabkan Dato' Zolkples Embong membuat kenyataan akhbar yang tidak menyenangkan.  Mujurlah selepas pertemuan antara Dato' Lee dengan Dato' Zol, perkara yang sebenarnya dapat dirungkaikan.  Misscommunication je rupanya. 


Moral of the story, kadang2 bila kita tengah marah kita tak sedar kita mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.  Lidah ternyata lebih tajam dari mata pedang.  Ehh... macam sama pulak dengan situasi yang aku hadapi sekarang ni.  Hmmm... ada jodoh kot keh keh kehhe...

Sunday, April 15, 2012

Phi Phi Island

Lepas breakfast, tunggu van datang ambik untuk ke pantai Krabi tempat naik speedboat untuk pusing pulau hari ni. Kitorang adalah penumpang terakhir yang diambil pada hari ni. Dalam 5 minit naik van, sampailah ke tempat yang dituju.

Sampai kat sini jumpa le 5 orang mamat Malaysia semalam yang dah sampai dari awal. Rupa2nya ada mamat chinese look yang duduk sebelah aku dengan awek dia dalam van tadi pun orang Malaysia jugak, nasib baik tak cakap yang bukan2, kalau tak konpem kantoi. Yang bestnya, mamat ni kalo tengok ada iras2 Apek Khairul Fahmi, terutama kat mulut dan hidung. So, dalam speedboat kitorang hari ni ada 11 orang rakyat Malaysia daripada keseluruhan 25 orang. Maka bolehla bikin boat ni abah kitorang yang punyer.



Aktiviti island hopping ni sama je kalau pegi mana2 pulau pun. Snorkeling, mandi laut, tengok pemandangan pualu dan sewaktu dengannya. Pakej yang kitorang amik ni melibatkan 7 pulau. So, banyak kali le naik turun bot hari ni. Antara tempat menarik Maya Bay, Monkey Bay, Bamboo Island, Viking Cave, Phi Phi Leh Lagoon, Hin Klang.

Yang paling best makan tengah hari secara buffet. Pergkhh...puas dapat makan masakan Thai yang dimasak sendiri oleh orang Thai di bumi Thailand. Seafoodnya segar2, meleleh air liur. Kena plak makan waktu tengah hari rembang dan di saat kepenatan mandi laut dan snorkel. Memang kena sangat. Slurrppp... Nak2 plak bila rehat kat pantai lepas kenyang perut, ada pulak pompuan tengah sunbathing dengan topless selambak depan mata. Nak tengok tak tengok serba salah plak hehehehehee. Budak2 lelaki pakat urut dada jerla.

Habis pusing pulau, kembali ke Krabi. Dari Krabi ke tempat penginapan masing2 kali ni naik open bus panjang. Balik ke Ao Nang ikut jalan kampung, bolehla tengok pemandangan kampung di sekitar.

Malamnya lepas dinner di kedai biasa tu, kitorang amik motosikal tuk-tuk untuk ke pasar malam yang terletak di pekan Krabi. Dekat 20 minit juga naik tuk-tuk ni yang memang muat2 untuk kitorang berempat. Kat sini usha2 barangan yang dijual dan merasa masakan tempatan. Yang penting sutun bakar dia memang terbaik dari ladang dan jus strawberi pun sedap gilak.